Friday, March 24, 2017

Impromptu speech_practice - What's get you excited about life

Good evening ladies and gentlemen. Fellow toastmaster.

What's get you excited about life?

Intro
If I interpret this question per my own view,
i would say it is almost similar with question
of "what is your passion?".

Because passion will give you the excitement in 
your life.

Content
I'm excite when I have opportunity to travel.
it is not often that I go for travel. But when I have 
chance, I'm so excited.

Having opportunity to travel is an eye opener for me.
It give me chances to see other people cultures and experienced
myself in different things, such as different in foods, weathers,
surroundings and many more.

Sometime, going for travel will makes me appreciate my 
country more. 

Conclusion
I will plan to go travel to many places in future and
that gives me the excitement in my life.

With that thank you.

Thursday, March 23, 2017

Impromptu speech_practice - What is the most sensible thing you've ever heard someone say.

Good evening ladies and gentlemen. Fellow toastmaster.

What is the most sensible thing you've ever heard someone say.

Intro
I still remember when I was 12 years old. I attended a motivational course
for UPSR examination. At the end of the course, the motivator said
"Pain is temporary, glory is forever". I don't have idea who's quote is that.
But one thing that i know, it really give a deep meaning in my heart.

Content
"Pain is temporary, glory is forever. Meaning that you need to work hard and 
smart to achieve anything that you want. Don't let anyone tell you that you can't 
do it. You need to be preseverance, continue doing and not giving up. Because
you know all of this pain is just temporary. And at the end, you will see the result.

For now, what i want is to be a good presenter, to be confidence presenting
in front of audience and to have leadership skills. I know that I was not born
with that skill. So i will keep conntinue learn it and I believe toastmaster
is the best platform for me to keep doing mistake and keep learning so that
at the end,i can be person that i dream of.

Conclusion
"Pain is temporary, glory is forever, this is the most sensible thing i ever heard
that i always sticked and remembered it. 

Wednesday, March 22, 2017

Impromptu speech_practice - Who do you sometimes compare yourself to?


Good evening ladies and gentlemen, fellow toastmaster.


Who do you sometimes compare yourself to?


Intro

In our life there must be someone that we always compare 
to. Either because we admire their personality or
we admire on their achievement or even their wealthy.

Content

As for myself, i always sometimes compared myself with my husband.
He is the closest person to me. Even though he is my husband, 
he also my best friend.

I admire his personality and his achievement as well.

One of the character that i admired most is how caring he is 
towards people surrounding him especially his family.

He frequently call his family and my family compare to myself that i'm
a bit lazy to call them. I always get scold by mom because i didn't call her.
It is not that i forget them but i always procrastinate to call them.

Another example is when we have conversation about one of his friend, 
not long after that or during the conversation, he will pick up a phone and
call that person.

I did asked him why he do that, he will just simply answer
he just want to ask how are you doing. That's it. 

That's amaze me. Something that I never did before. 

Conclusion.

There a lot more things that i always compare with him, but
as of now that's what i can say about him. 

Thank you. :)


Tuesday, March 21, 2017

Impromptu speech_practice - What make friendship relationship successful?

Good Evening ladies and gentlemen, fellow toastmaster.

What make friendship relationship successful?


Intro:

I'm sure all of us has friends. A friend is someone you trust and share a deep level of understanding
and communication. But what makes the relationship of friends is successful?

Content: 

From my point of view.

The most important thing in a friendship is how the relationship makes you feel. Not how it looks on
paper or how many things you have in common.

Ask yourself.
Do I feel better after spending time with this person?
Am I myself around this person?
Is this a person I can trust?

Closing:
The bottom line: If the friendship feels good, it is good.

But if a person tries to control you, criticize you, abuses your generosity or brings unwanted 
drama or negativity into your life, it is time to re-evaluate the friendship. Definitely, you don't want feel melancholy in your life being with this kind of friend.

Thank you. :)

Thursday, January 13, 2011

Second appointment with the Doc

Pagi tadi Amir bawa saya berjumpa dengan Dr Teh Mi Li. Dr scan perut saya. Saya sangat suka di scan. Sebab Dr akan letak losyen yang sejuk, nyaman dan boleh nampak ruang dalam perut dekat screen.


Everything went well. Alhamdulillah. Dr Teh Mi Li scan dan beritahu baby dah sebesar 1 cm. Very tiny. Saya tak nampak pun. Kerut-kerut muka tengok screen. Dr kata next appointment, kita scan lagi. Tak sabar nak tunggu next appointment pulak.


Saya risau. Minggu lepas bila call mak saya. Dia kata orang mengandung tak sakit perut macam yang saya mengadu kat dia. Kalau sakit macam nak period tu tanda nak keguguran. Bertambah risau. Sudahlah saya makan nenas dengan banyak sebelum saya tahu saya pregnant.


Saya terus call sepupu saya. Dr Fitreena. Nasib baik dia kata itu cuma gastrik. Dia suruh saya pergi beli Gaviscon.


Malam itu pukul 10 malam saya dan Amir terus pergi Guardian beli Gaviscon. Guardian pun dah nak tutup. Alhamdulillah, lepas minum Gaviscon rasa lega. Sah ada gastrik.


Tapi Dr Teh Mi Li kata jangan minum selalu Gaviscon. Yang penting kena ubah cara pemakanan. Jangan makan asam. Baru makan 2 hari lepas. Jangan makan limau. Baru makan semalam. Jangan makan pedas. Baru masak ayam masak merah 2 hari lepas. Jangan makan asam pedas. Baru masak laksa 3 hari lepas.


Kenapa Dr tak cakap masa our 1st meeting? Tak adalah saya makan semua-semua tu..


Saya dah ada pregnancy food journal saya sendiri sekarang. Sebab dari dulu lagi saya tak kisah dengan apa yang saya makan. Mentang-mentang saya kurus. So I don't mind. Saya makan ke tidak, saya tak peduli. Kalau tengah malam saya lapar. Jangan harap saya akan makan. Sebab saya fikir esok boleh makan.

Sekarang saya sudah tidak boleh pentingkan diri sendiri. Kasihan baby dalam perut. Dia pun nak membesar, kan? Kejamnya saya kalau tak makan.


Oh, ramai dah tahu pasal gud news ni. Mak ucap tahniah. Dia cakap cepatnya. Umur 24 tahun 2 bulan sah pregnant. Okay la tu kan.


Mak mertua saya menjerit dalam phone bila saya beritahu dia. Terkejut saya.


Nasib baik dua-dua abah steady jer.


Monday, January 10, 2011

I'm going to be a mommy

Sudah hampir seminggu saya sakit. Sakitnya seperti mahu datang period, selalunya cuma sehari dua sakit macam ni kalau nak datang period. Akhirnya Amir bawa saya ke hospital Pantai. Dr scan perut saya. Saya pernah berjumpa dengan Dr ni 2 bulan yang lepas. Ketika itu saya dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana senggugut yang sangat teruk.

Selepas di scan. Nothing serious. Cuma angin katanya. Tapi sebab saya beritahu dr yang saya dah sebulan lebih tak datang period, dr suruh saya buat ujian air kencing untuk pastikan saya mengandung atau tidak.

Saya masuk ke dalam bilik dr dan berbual dengan amir selepas buat ujian tu. Bila dr masuk kembali ke dalam bilik, beliau tunjukkan yang Pregnancy Test Kit tu ada dua line. Satu line yang sangat terang dan satu lagi tidak begitu terang.

Saya dan Amir saling berpandangan dan tersenyum gembira.

Dalam hati

Aaaa..tak percaya

Yippie

Alhamdulillah syukur.

Kit tu menunjukkan kandungan saya masih baru. Mungkin 2 minggu. Dr kemudian tunjukkan tanda-tanda awal kehamilan dan menyuruh saya selalu berehat dan datang berjumpa dengannya sekali lagi untuk pastikan kehamilan saya.

This good news is still a secret..shyhh..

Kami belum lagi bercadang untuk memberitahu sesiapa pun. Mungkin minggu hadapan setelah dr pastikan kehamilan saya, saya akan beritahu berita gembira ni pada keluarga dan kawan-kawan.

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Datang 2011

Sudah 5 hari kita melangkah ke tahun 2011, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru pada sesiapa yang membaca blog saya ni. Saya tak pasti sekiranya ada yang mengikuti blog saya sebab kali terakhir saya menulis di dalam blog ini adalah pada bulan Mac 2010.


Tahun 2010 dah meninggalkan kita, buat saya tahun 2010 berlalu sangat pantas. Mungkin kerana tahun 2010 adalah tahun saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perkahwinan saya. Setiap hari memikirkan persiapan perkahwinan, duit yang ada disimpan sepenuhnya untuk majlis perkahwinan. Jadi, aktiviti makan angin tahun 2010 memang tiada langsung.


Alhamdulillah, 20 Nov 2009, saya dan amir telah selamat diijab kabulkan. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur pada Allah dan kegembiraan yang tak terkata. Suka duka kami telah terbalas dengan nikmat ketenangan yang Allah berikan selepas kami diijab kabulkan. Alhamdulillah..




Amir adalah insan terbaik yang hadir dalam hidup saya. Penyayang dan bertanggung jawab. Tidak kisah menolong saya membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju. Tak kekok memasak untuk saya. Sentiasa sibuk hendak menolong saya di dapur sampaikan saya terpaksa menyuruh dia menumbuk bawang atau cili. Sentiasa berebut senduk dengan saya di dapur. Katanya nak belajar memasak. Nak masakkan untuk saya kalau kalau saya pregnant nanti. Hehe..

Resolusi saya untuk tahun 2011 cuma hendak menjadi hamba allah yang bertakwa, isteri yang solehah pada suami tersayang dan kalau ada rezeki mungkin menjadi seorang ibu yang penyayang.


Doakan saya.


Friday, March 12, 2010

Road Not Taken

dalam hidup ni kita akan selalu berhadapan dengan pilihan..

dari perkara remeh temeh macam nak beli handbag mana satu yang cantik sampai lar perkara penting dalam hidup macam nak pilih kerjaya Design engineer ataupun BIOS engineer ataupun nak pilih Engineering ke Medic..dalam beberapa minggu ni ada dua orang yang sedang membuat pilihan penting dalam hidup mereka tanya kan pendapat aku..

pendapat aku la kan..bila kita berdepan dengan dua pilihan yang kite rasa dua-dua tu sangat-sangat lah terbaik..kita bukan tak tahu nak pilih yang mana..kita tahu..tapi kita selalu takut tersalah pilih..takut tak boleh berpatah balik..

tapi nasihat aku..percaya la dengan gerak hati dan jangan pandang ke belakang bila kita dah pilih jalan tu..bila ada cabaran dan dugaan jangan kita menyesal dengan jalan yang kita ambil..sebaliknya teruskan berjalan sampai kita berjaya..

tapi dalam hidup ni..jalan tak selalunya lurus..mungkin satu masa nanti bila dah di pertengahan jalan atau pun di penghujung jalan akan ada persimpangan lain..tapi percaya lar Allah dah tetapkan jalan mana yg terbaik untuk kita..berdoa, berusaha dan bertawakkal lah pada Allah..

bersykurlah pada Allah sebab kita masih ada peluang untuk membuat pilihan..Di luar sana mungkin ada orang yang tiada pilihan dan mungkin tidak boleh membuat pilihan langsung..

dan sebenarnya pilihan ini lah yang menjadikan hidup kita penuh warna warni...

Tuesday, March 2, 2010

hobby..hobby

hi all

i dah open new blog..kawan-kawan sila lah bace..http://flowers-isabelle.blogspot.com/
tapi nothing personal kat blog itu..

bab personal semua kat blog ini sahaja..

sebab suka sangat buat bunga nih, maka i pon buat lah blog untuk letak gambar-gambar bunga stoking dan bunga dip yang dah i buat..
.
.
tapi blog ni baru ade satu entry..(baru semalam buat blog..) sebab bunga yang baru i create nih sedang dalam process..maksudnya bunga dah siap tapi belum sempat gubah lagi..
.
.
apa-apa pun..


sila la lawat yer ^-^

Thursday, February 25, 2010

oh ayam

ayam eksiden asyik masuk lab jerr..windoo lar..hehe

kaunter pertanyaan sedang terbuka

sombongkah saya kalau tak approve 25 requests yang tak dikenali untuk menjadi friends kat facebook??

Tuesday, February 23, 2010

weekend = tired

baru jer balik dari terengganu hari rabu lepas..tibe-tibe kena pi KL pulak..fuhhh penatnyeeerr..
syahmie merangkap bakal adik ipar kena berangkat ke aussie hari ahad lepas..

kalau nak kira-kira kan..lepas tunang tu sampai weekend baru nie..sekali je kot kami melekat kat penang..kalau tak tiap-tiap minggu tak de kat penang..

weekend ni tamau keluar mana-mana dah..nak duduk rumah jerr..

tak larat sudaaaah..

Thursday, February 18, 2010

bermalam di rumah bakal mak mertua..

hoorayyyyyyy cuti chineese new year kali ni memang best bangetttt...
i baru balik dari terengganu...TERENGGANU tau..!!

i dah pergi melawat muzium terengganu..main layang-layang kat pantai batu burok dengan akim, aqib, yasmin, iman..best gile main pasir pantai..then jalan2 kat masjid terapung, masjid kristal..shopping kat pasar kedai payang..5 hari kat terengganu asyik keluar berjalan2 makan ajer..

hehe sebenarnya i pergi terengganu sebab kawan baik abg amir..(hehe abg amir)..baru berkahwin..keop ngan che ma..2 hari kenduri mereka berdua..jadinya i kena lah ikut balik ganu jugak..

kat sane i duduk kat rumah abg amir..hehe mula-mula cuak..sebab kena tinggal kat family dia..cuak gile..mujurlah dorng best..layan i baik gile..i yang pemalas bangun pagi ni..tibe2 automatik bangun 6.30pagi kat sane..huhu

benda wajib..tolong-tolong kat dapur..potong-potong bawang..buat air..kihkih..kekok gile nk buat kerja-kerja sume ni kat umah org lain..dah lar kat depan bakal mak mertua..seraaammm sejuk i..

memang jadual duduk rumah abg amir nih pack gile..sampai tak de masa nak tidur siang2 hari neh..dorang beli makanan-makanan dan kuih-kuih yang tak pernah i makan macam asidah..da banyak lagi..makanan dorang manis-manis..mama dan abah siap belikan telur penyu lagi suruh i makan..rasa macam sayur kobis yang masin..sedap gak masa mula-mula makan..tapi bila rasa macam lendir-lendir tu rasa semacam jer..hehe tobat takmo makan dah..

i naik sekilo duduk 5 hari kat umah dia..agaknya kalau duk lama lagi jadi gemuk lar i..hehe

mama dan abah baik sangat dengan i..mama belikan i tudung..i nak bayar balik kat mama sebab harga tudung tu rm85..mahal lar tu..tapi mama takmau pulak..mama kat mama hadiahkan kat i..terharunya..thanks mama..

rindu gile kat mama, abah, ngan adik-adik sume..nasib baik abg amir ader kat sini..hehe..handsome lar abg pakai baju melayu merah dengan kain pelekat masa kenduri tahlil malam tuh....tergugat iman..hehe.

p/s:nasik dagang kat sane memang sedap gile..i suke..nyum-nyum

Tuesday, February 9, 2010

farewell

lalala~ private limited..


blog i dah pun private..i can write anything that i want tanpa fikir apa pandangan orang lain to myself..hehe..syioknyaa..tapi sometimes rasa macam nak share dengan orang lain..never mind lar..maybe i can open a new blog later..

hehe anyway i dah add fad jadi reader private blog i nih.."hi fad welcome to here"..hehe..

so boleh lar i letak gambar farewell wan ritu..before this i malas nak letak sebab takut nanti orang lain cakap apa lak kan join budak-budak lelaki makan and pergi karok..huhu..

i pergi karok pakai jubah tu..ni kerja amir yang nk suruh i pakai jubah..tak pasal-pasal masuk karok pakai jubah..orang lain pun pandang semacam jer..huhu

i tak nyanyi pun sepanjang 2 jam kat situ..sebab tau dah suara tak sedap..huhu..tau tau...dorang paksa cmne pun i tak nyanyi pon..last-last dorang nyanyikan lagu isteri solehah n lagu isabelle kat i..hehe lawak gile..semua berdiri letak tangan macam orang bernasyid..

memang besttt...




makan satay 80 cucuk..gile banyak..dan ketam nyum nyum sedap..
nyanyi isteri solehah..
best gile dorang nihhh..
pasai pa mata kuyu tu abg??hehe


g karok pakai jubah..aiyakk..

Monday, February 8, 2010

closed and private

saya dah buat keputusan untuk menjadikan blog ni private..hanya untuk bacaan saya dan juga tunang saya..

kerana saya rasa lebih banyak keburukan dari kebaikan apabila saya menulis blog ini..

biarlah kami menyepi dari orang ramai..



sekian...


p/s: saya suka makan bersama keluarga amir..mereka buat saya rasa selesa
bersama mereka ^-^..dan rasa tak sabar-sabar untuk pergi ke terengganu hujung minggu ini..

Friday, February 5, 2010

Amir menjawab soalan uji serasi

Mari kita berpura-pura menjawab soalan In-Trend untuk menguji sejauh mana Amir mengenali Belle..Ayuh..


Berapa lama perlu menunggu Belle bersiap sebelum keluar bersama?

Kata Amir: Hmm..Sejam
Komen Belle: Hehe sejam..betul lar tuh..

Bagaimana penampilan Belle setiap kali keluar?

Kata Amir: Cantik..
Komen Belle: Hehe ikut mood..kalau tunggu Amir lama sangat..mula lah tangan gatal mencalit make up kat muka..bereksperimentasi..kalau tak sempat simple-simple jer..

Jenis kulit Belle?

Kata Amir: Licin
Komen Belle: Normal

Minyak wangi yang kini Belle guna?

Kata Amir: Sekarang dah jarang pakai..ikut mood dia
Komen Belle: Kadang-kadang pakai..kadang-kadang tak..

Belle suka gincu atau hanya memakai gloss?

Kata Amir: Belle suke pakai gincu..gloss tu ape??
Komen Belle: Yup, belle suka pakai lipstick..gloss tu bagi bibir berkilat..

Kosmetik terbaru dibeli Belle?

Kata Amir: MAC
Komen Belle: Stage lar..

Jumlah botol minyak wangi koleksi?

Kata Amir: 4
Komen Belle: Hehe..betul..Intan Ladyana ada 40 botol!! banyaknya!!..

Belle suka bersolek atau berfesyen?

Kata Amir: Dua-dua
Komen Belle: Belle suka bersolek..bersolek ringkas jer..yang nampak natural..berfesyen tak sangat kot..


Saiz kasut Belle?

Kata Amir: 6 atau 7..depends pada kasut
Komen Belle: Betul!


Belle adalah dalam kategori wanita..

Kata Amir: Ayu..
Komen Belle: Pendiam..(seriously pendiam..betul!)


Belle tak boleh keluar rumah tanpa memakai..

Kata Amir: Contact lens
Komen Belle: Yeker?..boleh jer kalau tak pakai lens..tak boleh keluar rumah tanpa pakai cincin..nanti rase ada je yang tak kena..


Tiga produk kecantikan yang mesti ada dalam tas tangan Belle?

Kata Amir: Dalam beg dia mesti ada eye shadow, benda yang warna kuning sapu-sapu kat pipi dan bedak
Komen Belle: Sebenarnya semua pun ada dalam beg..(benda yang warna kuning tu namanya Moisturizer clinique)


Habit Belle ketika keluar bersama?

Kata Amir: Tengok cermin dalam kereta
Komen Belle: Haha..betul la tuh..


Tempat pertama berjumpa dulu?

Kata Amir: Kedai makan
Komen Belle: Kedai makan dekat dengan bukit jambul..kita tak dating pun kan? kita lunch je kan

Baju waktu berjumpa pertama kali serta warna?

Kata Amir: Baju pink
Komen Belle: Ingat lagi ek!?


Belle suka keluar ke mana?

Kata Amir: Keluar dari Penang
Komen Belle: Belle suka pergi Salon Rambut..


Daya tarikan Belle yang membuat Amir terpikat?

Kata Amir: Hidung mancung..sweet..
Komen Belle: Erm susahnya..keras kepala kot..


Nama timangan atau gelaran manja Belle ketika kecil?

Kata Amir: Haaa..along!
Komen Belle: Kalau dengan family, along..takde nama2 manja neh..


Imaginasi Amir, jika Belle adalah karakter kartun,siapakan dia?

Kata Amir: Chun Li sebab dia lasak..
Komen Belle: lasak?? Belle adalah Card Captor Sakura..comel


Perkara paling romantik Belle pernah lakukan pada Amir?

Kata Amir: Hadiahkan robot Gundam semasa hari lahir ke-22
Komen Belle: Kejutan hari lahir Amir yang ke -22. Belle naik cab seorang diri pergi ke Queensbay mall dan bertanya pada promoter "Robot gundam mana yang lelaki suka?"sebab tak tahu apa-apa pasal gundam kemudian tunggu Amir pukul 12 malam kat restoran berdekatan. Masa tu Amir pergi Kuala Nerang..tapi sekarang ni dah 6 bulan berlalu..robot gundam tu baru siap kepala jer..sabar-sabar..





hehe..sekadar suka-suka dan main-main sahaja ^-^

Wednesday, February 3, 2010

The adventure of Nabilah and friends at Jerejak Island

fuhhh..penat upload photos..tapi penat buat outdoor activities kat pulau jerejak still terasa tau..

dah 2 hari pun badan lenguh-lenguh tak hilang lagi..

but i remember, this activities was so fun plus amir and his friends was hillarious..sumpah tak bosan sepanjang hari!..

walaupun dah tinggal di pulau pinang hampir setahun..baru-baru ni je kami menjejakkan kaki kat jerejak island ni..padahal almost everyday dok pandang ke pulau jerejak..sebab pulau ni berhadapan depan queensbay mall..

pulau jerejak memang best tak hinggat laarr..50rm for all activities memang berbaloi-baloi!

Photobucket
this is the jetty to jerejak island..

Photobucket
dalam boat:. lihat itu queensbay..

Photobucket
jerejak island resort and spa :.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
mula-mula sampai terus main congkak..warm up dulu..while waiting for the tour guide..
pandai jugak budak-budak lelaki neh men congkak..

Photobucket
berkumpul before masuk hutan..jungle tracking..penat panjat bukit..seriously penat..and i'm the only one yang pakai jeans untuk outdoor ni..ngeh ngeh..

Photobucket
masa dalam hutan..kami jumpa perigi ni..pernah digunakan penduduk kat island ni untuk aktiviti harian mereka..pulau ni dahulunya adalah tempat orang-orang yang kena buang daerah..ada penjara dan tempat untuk orang-orang yang menghidap penyakit kusta..kalau sebut pulau jerejak kat orang-orang tua..confirm mereka tak bagi kita datang pulau ni..tapi hari ni pulau ni dah jadi salah satu destinasi pelancong yang sangat menarik..

Photobucket
ni pulak, dapur tempat mereka memasak...

okay..forget about the past..kita continue dengan aktiviti outdoor yang len pulak..

Photobucket
ni masa tengah tunggu turn untuk flying fox :.

Photobucket
lepas naik titi gantung :.

Photobucket
again :.

Photobucket
yeay..

Photobucket
repelling..it was so fun..pertama kali!..fuhh kat atas itu sangat gayat..tapi masa turun tu wow best gile..nak buat lagi..

Photobucket
ni la ahli bomba kawasan gelugor datang membantu orang jatuh basikal..

Photobucket
wall climbing :.

Photobucket
hehe nampak sangat tak lepas..naik 2 box jer..pastu tak larat dah masa nie..penat dan lapar.. piece!

Photobucket
lunch time :.

Photobucket
after lunch..kami naik basikal lalu tepi-tepi pantai..

Photobucket
this is the last destination..penjara..hanya penjara ni yang tinggal..yang lain sudah dirobohkan..
sad and scary tempat nih :.

Photobucket
lastly..loyal sungguh i dengan spec ni..mana-mana sentiasa bersama~



Photobucket

.: mereka inilah yang menyanyikan lagu isteri solehah dan isabella 98' untuk saya :.
~ sweet ~

Monday, January 25, 2010

artis terkenal mana yang ambil kursus kahwin dengan kami

alhamdulillah kami dah berjaya ambil sijil kursus pra-perkahwinan ~..kursusnya adalah selama 2 hari, bermula jam 8.00pagi sehingga 5.00petang..bayarannya cuma RM80..bertempat di USM, Pulau Pinang..

sepanjang 2 hari ni, kami belajar mengenai prosedur-prosedur perkahwinan..refresh balik mengenai akidah..akhlak..kewangan..tanggungjawab suami isteri..nikah cerai..hubungan kekeluargaan, komunikasi suami isteri, kesihatan dan ada lagi silibus-silibus yang ditetapkan oleh jakim..

rata-rata peserta adalah pelajar USM yang belum lagi nak berkahwin..ada juga pekerja-pekerja kilang sekitar Bayan Lepas ni..mereka datang untuk menuntut ilmu..bagusnya ^-^ yang betul-betul nak berkahwin cuma ada beberapa pasangan jer..

dan diakhir kursus, semua peserta kena mengambil ujian untuk membolehkan kami mendapat sijil kursus kahwin..ni la ujian yang paling senang seumur hidup..soalan-soalannya memang kacang pejam mata pun boleh jawab..

tapi yang tak syoknya hampir kesemua penceramah ni asyik bercerita yang perkahwinan ni bukannya senang..banyak cabaran dan dugaan...dan mereka asyik beritahu peserta-peserta mengenai statistik ataupun kes-kes dari mahkamah syariah..contohnya macam kes suami dera isteri, kes isteri tertekan kemudian bagi anak-anaknya makan racun, kewangan punca keretakan rumah tannga dan macam-macam lagi..

cuma ada seorang dua penceramah je yang bercerita betapa syoknya berkahwin..kalau nak tahu ape yang syoknya berkahwin, kena la pergi sendiri kursus perkahwinan ^-^ dan perkara yg syok tu bukan hanya s*** semata-mata yer..banyak lagi hikmah dan kebaikan perkahwinan..

dan sijil ni valid seumur hidup, nak pakai sijil ni untuk kahwin lagi satu pun boleh..

kami dah amik sijil kahwin jadi bertambah-tambah semangat nak berkahwin..hehe

p/s:hehe korang mesti sibuk-sibuk nak tahu siapa artis tu kan..well, artis tu berlakon sitkom anita..namanya siti fazurina..dia datang dengan tunang dia..google lah kalau nak tahu siapa ^-^

Wednesday, January 20, 2010

betul lar saya pekerja kilang


semalam saya buat facial treatment sementara menunggu amir main futsal di Kompleks Bukit Jambul, orang yang buat facial kat muka saya namanya kak siti. masa buat facial, kak siti tanya macam-macam, kerja kat mana, orang mana, umur berapa, guna produk apa sekarang..soalan yang biasa ditanya kalau kita buat facial kat mana-mana pun..

saya pun jawab saya kerja kat Intel, umur 24 tahun, guna produk Clinique, walaupun saya sedang guna Eumora. Semua produk Clinique (toner, moisturizer, pencuci) dah disimpan dalam beg, sebab saya rasa pakai Eumora sangat bagus. saya tak perlu lagi pakai toner dan moisturizer kalau guna Eumora, saya rasa kulit tegang dan licin selepas pakai Eumora..

waktu itu saya pakai baju t-shirt, jaket dan jeans , dengan dressing macam ini, mula-mula kak siti ingat saya student USM..umur 18..bangga nampak muda ^-^

bila dah selesai facial, sewaktu saya nak bayar, kak siti promote produk dia krim nenas nirmala sari untuk muka dan krim mata nirmala sari..dia cakap lagi " adik tak payah lah guna lagi produk doktor tu lagi, kalau nak guna tak per, guna produk akak pun bagus juga dik". lorrr dia ingat saya cakap saya guna produk klinik..garu kejap kepala..tak apa lah kak siti..

masa itu jugak amir datang, baru habis main bola, pakai t-shirt round neck, seluar track dan berselipar jepun..kak siti pandang amir dari atas sampai bawah..tak tegur langsung amir nie..alaa sombongnya kak siti ni..isk2


masa nak bayar tu, saya tercari-cari duit dalam poket seluar, saya pun bangun nak ambil duit dalam poket, payah pulak nak amik sebab tersangkut dalam poket, agaknya sebab lama sangat nak keluarkan duit..kak siti pun cakap "kak siti bagi murah lah untuk adik, facial treatment tadi rm58, kak siti bagi rm50, krim ni satu rm15,tapi kak siti bagi rm10 jer..jadi semuanya rm85"

kak siti cakap lagi "krim ni boleh pakai jadi macam sunblock..kalau dari "kilang" nak balik rumah tu boleh lar pakai"..

saya:" haa a kilang"..


ni pun pekerja kilang ~ oouhh saya pinjam jaket ini semalam..


kesimpulannya jadi pekerja kilang boleh dapat murah..



tapi saya suka hasil treatment kat situ..muka rasa licin..^-^..minggu depan boleh buat treatment body pulak..dan dapat murah..

Tuesday, January 19, 2010

persiapan kahwin

hi semua

dah hampir sebulan kami bertunang..tapi tarikh pun tak tetap lagi..

anyway selepas ni saya akan update banyak2 pasal persiapan perkahwinan kami..(suggestion dari elianez)

membuat persiapan ni memang seronok..macam nak pilih tema warna apa..nak pakai baju apa..

bukan setakat persiapan majlis sahaja kami kena buat..persiapan mental (fizikal?)..ilmu agama..(ilmu mendidik anak2..hehe)..ilmu menjadi suami dan isteri soleh dan solehah..^-^..aminnn

tapi kat blog nie..more to persiapan majlis lar..

not only me..my mom..my bakal mother in law pun sudah excited..my bff pun join excited..and my fiance too..

persiapan pertama kami..amik kursus perkahwinan di USM hujung minggu nie!!



P/S: cadar tunang saya..dah ramai orang nak sewa pula..untuk their wedding..so here are the photos..