Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, January 25, 2010

artis terkenal mana yang ambil kursus kahwin dengan kami

alhamdulillah kami dah berjaya ambil sijil kursus pra-perkahwinan ~..kursusnya adalah selama 2 hari, bermula jam 8.00pagi sehingga 5.00petang..bayarannya cuma RM80..bertempat di USM, Pulau Pinang..

sepanjang 2 hari ni, kami belajar mengenai prosedur-prosedur perkahwinan..refresh balik mengenai akidah..akhlak..kewangan..tanggungjawab suami isteri..nikah cerai..hubungan kekeluargaan, komunikasi suami isteri, kesihatan dan ada lagi silibus-silibus yang ditetapkan oleh jakim..

rata-rata peserta adalah pelajar USM yang belum lagi nak berkahwin..ada juga pekerja-pekerja kilang sekitar Bayan Lepas ni..mereka datang untuk menuntut ilmu..bagusnya ^-^ yang betul-betul nak berkahwin cuma ada beberapa pasangan jer..

dan diakhir kursus, semua peserta kena mengambil ujian untuk membolehkan kami mendapat sijil kursus kahwin..ni la ujian yang paling senang seumur hidup..soalan-soalannya memang kacang pejam mata pun boleh jawab..

tapi yang tak syoknya hampir kesemua penceramah ni asyik bercerita yang perkahwinan ni bukannya senang..banyak cabaran dan dugaan...dan mereka asyik beritahu peserta-peserta mengenai statistik ataupun kes-kes dari mahkamah syariah..contohnya macam kes suami dera isteri, kes isteri tertekan kemudian bagi anak-anaknya makan racun, kewangan punca keretakan rumah tannga dan macam-macam lagi..

cuma ada seorang dua penceramah je yang bercerita betapa syoknya berkahwin..kalau nak tahu ape yang syoknya berkahwin, kena la pergi sendiri kursus perkahwinan ^-^ dan perkara yg syok tu bukan hanya s*** semata-mata yer..banyak lagi hikmah dan kebaikan perkahwinan..

dan sijil ni valid seumur hidup, nak pakai sijil ni untuk kahwin lagi satu pun boleh..

kami dah amik sijil kahwin jadi bertambah-tambah semangat nak berkahwin..hehe

p/s:hehe korang mesti sibuk-sibuk nak tahu siapa artis tu kan..well, artis tu berlakon sitkom anita..namanya siti fazurina..dia datang dengan tunang dia..google lah kalau nak tahu siapa ^-^

Tuesday, January 19, 2010

persiapan kahwin

hi semua

dah hampir sebulan kami bertunang..tapi tarikh pun tak tetap lagi..

anyway selepas ni saya akan update banyak2 pasal persiapan perkahwinan kami..(suggestion dari elianez)

membuat persiapan ni memang seronok..macam nak pilih tema warna apa..nak pakai baju apa..

bukan setakat persiapan majlis sahaja kami kena buat..persiapan mental (fizikal?)..ilmu agama..(ilmu mendidik anak2..hehe)..ilmu menjadi suami dan isteri soleh dan solehah..^-^..aminnn

tapi kat blog nie..more to persiapan majlis lar..

not only me..my mom..my bakal mother in law pun sudah excited..my bff pun join excited..and my fiance too..

persiapan pertama kami..amik kursus perkahwinan di USM hujung minggu nie!!



P/S: cadar tunang saya..dah ramai orang nak sewa pula..untuk their wedding..so here are the photos..








Tuesday, November 17, 2009

Pameran perkahwinan 2009

minggu lepas telah berlangsung pameran perkahwinan di PWTC..banyak booth dibuka dan sambutan begitu menggalakkan..orang ramai berpusu-pusu ke sana walaupun hujan lebat di luar..kebetulan pada masa yang sama, career fair turut berlangsung di pwtc..

sangat bagus untuk mereka yang hendak langsungkan perkahwinan kerana banyak kedai/booth yang menawarkan pakej-pakej menarik dan istimewa sempena pameran ini..kiranya tak rugi lah kalau mengambil pakej-pakej perkahwinan di sini..

gambar sekitar pameran perkahwinan 2009..




antara pelamin-pelamin yang di pamerkan


gadis ini baru sahaja selesai make over, di make upkan oleh jurusolek pro

hiasan meja makan..


antara booth yang di buka


ini door gift yang di beli..harganya rm3..sedap rasa cookies ini

dan orang ramai diberi peluang untuk mencuba masakan dari katering-katering di sini..tetapi....


dua orang ini mengambil kesempatan makan tengahari di sini..

Tuesday, September 29, 2009

Diari Ratu Sehari



Ku simpul awan yang berarak menjadi lembayun melebar memayungi tunas-tunas cinta yang kita semai bersama.



Ku alurkan setiap titisan hujan yang menyirami bumi mengarah kepada kebun kasih kita yang mulai merimbun.



Malah ku seru bayu yang berpuput agar tidak lupa meniup, membuai dedaun sayang yang kita pupuk bersama.



Biar terbelai dan terusan menyubur menjadi pengikat hatimu dan hatiku...








Diari Ratu Sehari..




Saturday, August 22, 2009

bunga lily putihku

hi

sekarang saya dah ada hobby baru..hobby baru ni menyebabkan rasa tak sabar-sabar nak balik ke rumah lepas balik keje..buat bunga stokin..^-^

saya boleh mengadap buat benda ni 3-4 jam..

sebenarnya my mum yang suruh buat bunga stokin ni..sebab asal hujung minggu je tepon dia cakap boringnya tak buat apa-apa kat rumah..nak jalan2 malas..

so bile my mum datang penang 2-3 minggu lepas, dia pun ajak pegi kedai bunga..ajar2 yg basic then saya kene buat sendiri..

maybe next entry, saya boleh tunjuk cmne nak buat..tak susah pun..simple jer

^-^

ini gubahan pertama yg saya buat..okay..(dengan pertolongan my mum) tapi design bunga asal datang dari kepala saya yer..lepas usha2 bentuk bunga pe yg cantik..










cmne? cantik kan ^-^.. i did my self okay..hehe




Thursday, June 25, 2009

my bestfriend's wedding

Congratulations
...
Salwa & Shaiful
...



kawin jugak kawan aku sorang nie
cepat-cepat dapat baby yer..hehe