Thursday, January 13, 2011

Second appointment with the Doc

Pagi tadi Amir bawa saya berjumpa dengan Dr Teh Mi Li. Dr scan perut saya. Saya sangat suka di scan. Sebab Dr akan letak losyen yang sejuk, nyaman dan boleh nampak ruang dalam perut dekat screen.


Everything went well. Alhamdulillah. Dr Teh Mi Li scan dan beritahu baby dah sebesar 1 cm. Very tiny. Saya tak nampak pun. Kerut-kerut muka tengok screen. Dr kata next appointment, kita scan lagi. Tak sabar nak tunggu next appointment pulak.


Saya risau. Minggu lepas bila call mak saya. Dia kata orang mengandung tak sakit perut macam yang saya mengadu kat dia. Kalau sakit macam nak period tu tanda nak keguguran. Bertambah risau. Sudahlah saya makan nenas dengan banyak sebelum saya tahu saya pregnant.


Saya terus call sepupu saya. Dr Fitreena. Nasib baik dia kata itu cuma gastrik. Dia suruh saya pergi beli Gaviscon.


Malam itu pukul 10 malam saya dan Amir terus pergi Guardian beli Gaviscon. Guardian pun dah nak tutup. Alhamdulillah, lepas minum Gaviscon rasa lega. Sah ada gastrik.


Tapi Dr Teh Mi Li kata jangan minum selalu Gaviscon. Yang penting kena ubah cara pemakanan. Jangan makan asam. Baru makan 2 hari lepas. Jangan makan limau. Baru makan semalam. Jangan makan pedas. Baru masak ayam masak merah 2 hari lepas. Jangan makan asam pedas. Baru masak laksa 3 hari lepas.


Kenapa Dr tak cakap masa our 1st meeting? Tak adalah saya makan semua-semua tu..


Saya dah ada pregnancy food journal saya sendiri sekarang. Sebab dari dulu lagi saya tak kisah dengan apa yang saya makan. Mentang-mentang saya kurus. So I don't mind. Saya makan ke tidak, saya tak peduli. Kalau tengah malam saya lapar. Jangan harap saya akan makan. Sebab saya fikir esok boleh makan.

Sekarang saya sudah tidak boleh pentingkan diri sendiri. Kasihan baby dalam perut. Dia pun nak membesar, kan? Kejamnya saya kalau tak makan.


Oh, ramai dah tahu pasal gud news ni. Mak ucap tahniah. Dia cakap cepatnya. Umur 24 tahun 2 bulan sah pregnant. Okay la tu kan.


Mak mertua saya menjerit dalam phone bila saya beritahu dia. Terkejut saya.


Nasib baik dua-dua abah steady jer.


Monday, January 10, 2011

I'm going to be a mommy

Sudah hampir seminggu saya sakit. Sakitnya seperti mahu datang period, selalunya cuma sehari dua sakit macam ni kalau nak datang period. Akhirnya Amir bawa saya ke hospital Pantai. Dr scan perut saya. Saya pernah berjumpa dengan Dr ni 2 bulan yang lepas. Ketika itu saya dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana senggugut yang sangat teruk.

Selepas di scan. Nothing serious. Cuma angin katanya. Tapi sebab saya beritahu dr yang saya dah sebulan lebih tak datang period, dr suruh saya buat ujian air kencing untuk pastikan saya mengandung atau tidak.

Saya masuk ke dalam bilik dr dan berbual dengan amir selepas buat ujian tu. Bila dr masuk kembali ke dalam bilik, beliau tunjukkan yang Pregnancy Test Kit tu ada dua line. Satu line yang sangat terang dan satu lagi tidak begitu terang.

Saya dan Amir saling berpandangan dan tersenyum gembira.

Dalam hati

Aaaa..tak percaya

Yippie

Alhamdulillah syukur.

Kit tu menunjukkan kandungan saya masih baru. Mungkin 2 minggu. Dr kemudian tunjukkan tanda-tanda awal kehamilan dan menyuruh saya selalu berehat dan datang berjumpa dengannya sekali lagi untuk pastikan kehamilan saya.

This good news is still a secret..shyhh..

Kami belum lagi bercadang untuk memberitahu sesiapa pun. Mungkin minggu hadapan setelah dr pastikan kehamilan saya, saya akan beritahu berita gembira ni pada keluarga dan kawan-kawan.

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Datang 2011

Sudah 5 hari kita melangkah ke tahun 2011, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru pada sesiapa yang membaca blog saya ni. Saya tak pasti sekiranya ada yang mengikuti blog saya sebab kali terakhir saya menulis di dalam blog ini adalah pada bulan Mac 2010.


Tahun 2010 dah meninggalkan kita, buat saya tahun 2010 berlalu sangat pantas. Mungkin kerana tahun 2010 adalah tahun saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perkahwinan saya. Setiap hari memikirkan persiapan perkahwinan, duit yang ada disimpan sepenuhnya untuk majlis perkahwinan. Jadi, aktiviti makan angin tahun 2010 memang tiada langsung.


Alhamdulillah, 20 Nov 2009, saya dan amir telah selamat diijab kabulkan. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur pada Allah dan kegembiraan yang tak terkata. Suka duka kami telah terbalas dengan nikmat ketenangan yang Allah berikan selepas kami diijab kabulkan. Alhamdulillah..




Amir adalah insan terbaik yang hadir dalam hidup saya. Penyayang dan bertanggung jawab. Tidak kisah menolong saya membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju. Tak kekok memasak untuk saya. Sentiasa sibuk hendak menolong saya di dapur sampaikan saya terpaksa menyuruh dia menumbuk bawang atau cili. Sentiasa berebut senduk dengan saya di dapur. Katanya nak belajar memasak. Nak masakkan untuk saya kalau kalau saya pregnant nanti. Hehe..

Resolusi saya untuk tahun 2011 cuma hendak menjadi hamba allah yang bertakwa, isteri yang solehah pada suami tersayang dan kalau ada rezeki mungkin menjadi seorang ibu yang penyayang.


Doakan saya.


Friday, March 12, 2010

Road Not Taken

dalam hidup ni kita akan selalu berhadapan dengan pilihan..

dari perkara remeh temeh macam nak beli handbag mana satu yang cantik sampai lar perkara penting dalam hidup macam nak pilih kerjaya Design engineer ataupun BIOS engineer ataupun nak pilih Engineering ke Medic..dalam beberapa minggu ni ada dua orang yang sedang membuat pilihan penting dalam hidup mereka tanya kan pendapat aku..

pendapat aku la kan..bila kita berdepan dengan dua pilihan yang kite rasa dua-dua tu sangat-sangat lah terbaik..kita bukan tak tahu nak pilih yang mana..kita tahu..tapi kita selalu takut tersalah pilih..takut tak boleh berpatah balik..

tapi nasihat aku..percaya la dengan gerak hati dan jangan pandang ke belakang bila kita dah pilih jalan tu..bila ada cabaran dan dugaan jangan kita menyesal dengan jalan yang kita ambil..sebaliknya teruskan berjalan sampai kita berjaya..

tapi dalam hidup ni..jalan tak selalunya lurus..mungkin satu masa nanti bila dah di pertengahan jalan atau pun di penghujung jalan akan ada persimpangan lain..tapi percaya lar Allah dah tetapkan jalan mana yg terbaik untuk kita..berdoa, berusaha dan bertawakkal lah pada Allah..

bersykurlah pada Allah sebab kita masih ada peluang untuk membuat pilihan..Di luar sana mungkin ada orang yang tiada pilihan dan mungkin tidak boleh membuat pilihan langsung..

dan sebenarnya pilihan ini lah yang menjadikan hidup kita penuh warna warni...

Tuesday, March 2, 2010

hobby..hobby

hi all

i dah open new blog..kawan-kawan sila lah bace..http://flowers-isabelle.blogspot.com/
tapi nothing personal kat blog itu..

bab personal semua kat blog ini sahaja..

sebab suka sangat buat bunga nih, maka i pon buat lah blog untuk letak gambar-gambar bunga stoking dan bunga dip yang dah i buat..
.
.
tapi blog ni baru ade satu entry..(baru semalam buat blog..) sebab bunga yang baru i create nih sedang dalam process..maksudnya bunga dah siap tapi belum sempat gubah lagi..
.
.
apa-apa pun..


sila la lawat yer ^-^

Thursday, February 25, 2010

oh ayam

ayam eksiden asyik masuk lab jerr..windoo lar..hehe

kaunter pertanyaan sedang terbuka

sombongkah saya kalau tak approve 25 requests yang tak dikenali untuk menjadi friends kat facebook??