Thursday, January 13, 2011
Second appointment with the Doc
Monday, January 10, 2011
I'm going to be a mommy
Selepas di scan. Nothing serious. Cuma angin katanya. Tapi sebab saya beritahu dr yang saya dah sebulan lebih tak datang period, dr suruh saya buat ujian air kencing untuk pastikan saya mengandung atau tidak.
Saya masuk ke dalam bilik dr dan berbual dengan amir selepas buat ujian tu. Bila dr masuk kembali ke dalam bilik, beliau tunjukkan yang Pregnancy Test Kit tu ada dua line. Satu line yang sangat terang dan satu lagi tidak begitu terang.
Saya dan Amir saling berpandangan dan tersenyum gembira.
Dalam hati
Aaaa..tak percaya
Yippie
Alhamdulillah syukur.
Kit tu menunjukkan kandungan saya masih baru. Mungkin 2 minggu. Dr kemudian tunjukkan tanda-tanda awal kehamilan dan menyuruh saya selalu berehat dan datang berjumpa dengannya sekali lagi untuk pastikan kehamilan saya.
This good news is still a secret..shyhh..
Kami belum lagi bercadang untuk memberitahu sesiapa pun. Mungkin minggu hadapan setelah dr pastikan kehamilan saya, saya akan beritahu berita gembira ni pada keluarga dan kawan-kawan.
Wednesday, January 5, 2011
Selamat Datang 2011
Tahun 2010 dah meninggalkan kita, buat saya tahun 2010 berlalu sangat pantas. Mungkin kerana tahun 2010 adalah tahun saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perkahwinan saya. Setiap hari memikirkan persiapan perkahwinan, duit yang ada disimpan sepenuhnya untuk majlis perkahwinan. Jadi, aktiviti makan angin tahun 2010 memang tiada langsung.
Alhamdulillah, 20 Nov 2009, saya dan amir telah selamat diijab kabulkan. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur pada Allah dan kegembiraan yang tak terkata. Suka duka kami telah terbalas dengan nikmat ketenangan yang Allah berikan selepas kami diijab kabulkan. Alhamdulillah..
Amir adalah insan terbaik yang hadir dalam hidup saya. Penyayang dan bertanggung jawab. Tidak kisah menolong saya membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju. Tak kekok memasak untuk saya. Sentiasa sibuk hendak menolong saya di dapur sampaikan saya terpaksa menyuruh dia menumbuk bawang atau cili. Sentiasa berebut senduk dengan saya di dapur. Katanya nak belajar memasak. Nak masakkan untuk saya kalau kalau saya pregnant nanti. Hehe..
Resolusi saya untuk tahun 2011 cuma hendak menjadi hamba allah yang bertakwa, isteri yang solehah pada suami tersayang dan kalau ada rezeki mungkin menjadi seorang ibu yang penyayang.
Doakan saya.