Tahun 2010 dah meninggalkan kita, buat saya tahun 2010 berlalu sangat pantas. Mungkin kerana tahun 2010 adalah tahun saya menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perkahwinan saya. Setiap hari memikirkan persiapan perkahwinan, duit yang ada disimpan sepenuhnya untuk majlis perkahwinan. Jadi, aktiviti makan angin tahun 2010 memang tiada langsung.
Alhamdulillah, 20 Nov 2009, saya dan amir telah selamat diijab kabulkan. Tiada kata yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur pada Allah dan kegembiraan yang tak terkata. Suka duka kami telah terbalas dengan nikmat ketenangan yang Allah berikan selepas kami diijab kabulkan. Alhamdulillah..
Amir adalah insan terbaik yang hadir dalam hidup saya. Penyayang dan bertanggung jawab. Tidak kisah menolong saya membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, membasuh baju. Tak kekok memasak untuk saya. Sentiasa sibuk hendak menolong saya di dapur sampaikan saya terpaksa menyuruh dia menumbuk bawang atau cili. Sentiasa berebut senduk dengan saya di dapur. Katanya nak belajar memasak. Nak masakkan untuk saya kalau kalau saya pregnant nanti. Hehe..
Resolusi saya untuk tahun 2011 cuma hendak menjadi hamba allah yang bertakwa, isteri yang solehah pada suami tersayang dan kalau ada rezeki mungkin menjadi seorang ibu yang penyayang.
Doakan saya.
No comments:
Post a Comment