Tuesday, November 17, 2009

Pameran perkahwinan 2009

minggu lepas telah berlangsung pameran perkahwinan di PWTC..banyak booth dibuka dan sambutan begitu menggalakkan..orang ramai berpusu-pusu ke sana walaupun hujan lebat di luar..kebetulan pada masa yang sama, career fair turut berlangsung di pwtc..

sangat bagus untuk mereka yang hendak langsungkan perkahwinan kerana banyak kedai/booth yang menawarkan pakej-pakej menarik dan istimewa sempena pameran ini..kiranya tak rugi lah kalau mengambil pakej-pakej perkahwinan di sini..

gambar sekitar pameran perkahwinan 2009..




antara pelamin-pelamin yang di pamerkan


gadis ini baru sahaja selesai make over, di make upkan oleh jurusolek pro

hiasan meja makan..


antara booth yang di buka


ini door gift yang di beli..harganya rm3..sedap rasa cookies ini

dan orang ramai diberi peluang untuk mencuba masakan dari katering-katering di sini..tetapi....


dua orang ini mengambil kesempatan makan tengahari di sini..

pena dari hati

this girl memang pandai masak
kadang-kadang along nya message kat this girl untuk tanya resepi..
hehe
sekarang dia sudah mula menulis blog..
lets check it out her blog..
dia adalah my sister yang no 3 ^-^

Tuesday, November 3, 2009

perlu ke ada kemahiran untuk berniaga??

hi semua

lama dah tulis kan..sampai ada yang request suruh aku update blog aku..kadang-kadang aku bukak dashboard..klik new post tapi melangut tengok laptop..tak ada idea pulak nak tulis apa..tak syiok langsung..alih-alih aku godek-godek blog orang lain..

cerita terbaru pasal aku?

kalau pasal kerja aku sekarang..projek aku tengah terumbang ambing sebabnya project manager tibe-tibe quit kerja..aku buka facebook dia..tengok-tengok dia sedang bergumbira bercuti bersama wife dia..pergi ice skating lar..jalan2..hadoiii..kami pulak yg tak tentu arah sekarang nie..kena tunggu project manager baru datang..sambil-sambil tu buat juga kerja lain..

sekarang ni juga..aku tengah berjinak-jinak untuk berniaga..tapi baru sedar..aku tak pernah langsung berniaga..eh pernah-pernah..masa darjah 5 aku ada subjek apa yer tak ingat..kami kena buat plan berniaga..kira modal berapa..agak-agak untung berapa..buat poster..pastu satu kelas menjual dekat lobi sekolah..huh seronok sangat berniaga masa itu..kalau ada kelas yang berniaga kat kelas..confirm budak-budak tak nak makan kat kantin..sebab macam-macam yang dijual..ada ais krim..kek..keropok..buah-buahan..roti..nasik lemak..air beraneka rasa..mesti mak cik kantin tension masa tu sebab tak ada orang nak beli kat kantin..

selain tu aku memang tak de pengalaman langsung..^-^

2 hari lepas aku sembang-sembang dengan mak aku..aku cerita aku tak reti nak approach2 orang untuk bisness..mak aku pun start bercerita pasal adik2 aku yg pandai bisness kecuali aku ni..mak aku cerita macam mana adik2 aku start berniaga..tapi yang paling syiok pasal adik lelaki aku munzir..

mak aku sangat rajin membuat donat masa kami kecik2 dulu..walaupun aku tak suka sangat donut..donut yang mak buat sangat besar..besar dari donut yang biasa kita jumpa..dan sangat sedap..kalau ada sedara-sedara datang rumah musti suka makan donut yang mak buat..kalau anak-anak pak jang yang masih kecik masa tu datang kat rumah, mereka panggil donut yang mak buat tu Mc Donald..aku pun tak tahu nape mereka panggil Mc Donald..mungkin tahap kesedapan donut mak menyamai tahap kesedapan Mc Donald masa tu..

tapi yang best hari-hari mak bekalkan munzir donut..masa itu dia darjah 2..

satu hari mak pergi ke sekolah munzir..kalau nak pergi sekolah dia kena naik jejantas..masa kat jejantas mak nampak sorang budak india ni tengah sedap-sedap makan donut..budak tu punyer reaksi macam sedang enak menikmati donut tu..sambil makan sambil cakap "ayoyo sedapnyer donut nieeeeeeeee" mak aku tengok je budak india tu makan.."ni macam donut yang mak buat jer ni"...

mak tanya kat munzir..makan ape masa rehat??..munzir jawab " mamat dah jual donut kat kawan kelas mamat, tak larat dah makan donut...nak makan yg lain pulakk", hehe mak aku gelak jer..pandai pegi jual kat orang lain pulak..

kami..



Tuesday, September 29, 2009

Diari Ratu Sehari



Ku simpul awan yang berarak menjadi lembayun melebar memayungi tunas-tunas cinta yang kita semai bersama.



Ku alurkan setiap titisan hujan yang menyirami bumi mengarah kepada kebun kasih kita yang mulai merimbun.



Malah ku seru bayu yang berpuput agar tidak lupa meniup, membuai dedaun sayang yang kita pupuk bersama.



Biar terbelai dan terusan menyubur menjadi pengikat hatimu dan hatiku...








Diari Ratu Sehari..




Friday, September 18, 2009

selamat hari raya

to all muslims
wishing you all selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin
have a good holiday break and a safe journey home

Tuesday, September 15, 2009

mashimaro

competition between me and amir..he said i don't know how to draw..
see the result please....heheh


belle vs amir

Friday, September 4, 2009

sesi tulis kad raya

assalamualaikum

hai,

awak apa khabar? harap awak sihat2 selalu. tahun ni awak raya kat mane? saya raya kat kedah tahun ni. baju raya awak berapa pasang? tahun ini mak saya buatkan saya 5 pasang. kuih raya awak buat berapa jenis? mak saya buat 10 jenis kuih tahun nie..

sampai di sini sahajalah saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kalau ada salah silap dengan awak.

selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin

pantun untuk awak:

pecah kaca, pecah gelas
lepas baca, harap balas

yang ikhlas:
nabilah khairiyah